RAWATAN DIDALAM TEMPOH BERPANTANG SEPERTI BERIKUT
Rawatan di dalam tempoh berpantng ini mengandungi perkhidmatan seperti berikut:
Urut Bersalin - bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi.
Mandi Herba - memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan
Bertungku - dapat memabantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.
Body scrub / lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel mati serta memberikan kulit yang halus dan segar. M
Memasak Hidangan Untuk Ibu Bersalin - Membantu dari segi penyediaan makanan yang sesuai untuk keperluan dalam berpantang dan mengambilkira keperluan nutrisi untuk penyusuan.
Mandi Bayi - Memastikan kebersihan bayi dan membantu para ibu yang tiada pengalaman memandikan bayi.
Urut Bayi - Urutan dan sentuhan lembut mampu memberikan keselesaaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi.
Tungku bayi - mengelakkan baby dari kembung perut, dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki.
Mencuci Pakaian Ibu dan Bayi - Kami membantu meringankan beban ibu menguruskan hal-hal sekecil ini untuk membolehkan ibu mendapatkan rehat yang mencukupi selain memastikan para ibu tidak mengalami bengkak urat atau bentan kerana terpaksa membuat kerja-kerja rumah seperti ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan