Untuk mendapat perkhidmatan mama tempahan seawal 3 bulan diperlukan kerana jadual mama amat padat maklumat lanjut Hubungi Mama Iefa . SMS, whatsApp, Viber, 017-424 8021

MAKANAN DALAM PANTANG


Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.
Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalam kuantiti yang sedikit.
Namun makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ikan pari atau ikan cencaru tidak sesuai untuk ibu dalam pantang.
Makanan yang sihat adalah makanan kurang minyak dan tidak pedas. Kerana itu biasanya makanan ibu dalam pantang dibakar atau direbus.
Amalan dalam pantang bersalin, melarang minum air terlalu banyak dalam satu masa. Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum.
Minum terlalu banyak sekali minum, terutama minum air sejuk boleh menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit. Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan