Untuk mendapat perkhidmatan mama tempahan seawal 3 bulan diperlukan kerana jadual mama amat padat maklumat lanjut Hubungi Mama Iefa . SMS, whatsApp, Viber, 017-424 8021

CARA HILANGKAN LOYA


Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya | 


Pernahkah anda berasa mual dan loya secara tiba-tiba. Jika wanita mual atau loya ketika mengandung itu adalah fenomena biasa. Tetapi bagi kita yang sihat tubuh badan yang tidak hamil tetapi berasa loya, apakah sebabnya?
buah-pelagaBuah Pelaga boleh hilangkan loya
Menurut sumber ini, selain mabuk wanita hamil, kita mungkin juga mengalami mabuk perjalanan, simptom tersebut boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di dalam telinga. Manakala punca mabuk hamil lain, dan boleh disebabkan jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. Jika berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk lagi.

10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya

Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.

Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut.
Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit.

Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan muntah atau loya seperti makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat, kek dan lain-lain.

Tidur juga boleh mengelakkan loya atau mual.

Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan lain-lain lagi.

Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.

Tumbuk tiga tangkai pucuk jambu batu dan sebuku garam jantan. Campurkan dengan sedikit air suam. Minum selama tiga hari berturut-turut. In sha Allah mual atau loya berkurangan terutamanya pada awal kehamilan.

Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu.

Cara Hilangkan Loya

Senarai menghilangkan loya atau mual di atas adalah sekadar panduan. Jika loya atau pening-pening anda teramatlah teruk, dinasihatkan berjumpa doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Kerana, terdapat beberapa jenis penyakit yang memiliki simptom seperti loya dan mual dan jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin dalam bahaya.

Selamat membaca, cegah sebelum parah dan jaga kesihatan! 

10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya 
Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.
Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut. Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit. 
Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan muntah atau loya seperti makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat, kek dan lain-lain.
Tidur juga boleh mengelakkan loya atau mual.
Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan lain-lain lagi.
Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.
Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.
Tumbuk tiga tangkai pucuk jambu batu dan sebuku garam jantan. Campurkan dengan sedikit air suam. Minum selama tiga hari berturut-turut. In sha Allah mual atau loya berkurangan terutamanya pada awal kehamilan.
Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu.
Cara Hilangkan Loya
Senarai menghilangkan loya atau mual di atas adalah sekadar panduan. Jika loya atau pening-pening anda teramatlah teruk, dinasihatkan berjumpa doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Kerana, terdapat beberapa jenis penyakit yang memiliki simptom seperti loya dan mual dan jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin dalam bahaya.
Selamat membaca, cegah sebelum parah dan jaga kesihatan! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan