Untuk mendapat perkhidmatan mama tempahan seawal 3 bulan diperlukan kerana jadual mama amat padat maklumat lanjut Hubungi Mama Iefa . SMS, whatsApp, Viber, 017-424 8021

MAU LANGSING


MAU LANGSING

Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.



Jadi, untuk kempiskan perut ataupun mengelakkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh mengikuti petua di bawah;

1. Memula, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis.
2. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.
3. Seterusnya, sapukan bahan tadi ke seluruh kawasan perut dan pinggang si ibu juga sampai rata.
4. Setelah ia kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi.

Anda digalakkan mengulangi proses ini pada setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas melahirkan anak. InsyaAllah anda akan merasa kesannya kelak.

langsing selepas bersalin

Pada suatu hari saya di datangi oleh seorang wanita berusia lewat tiga puluhan .Saya dapati Puan Zuraida yang cantik bergaya ini mempunyai personaliti yang ramah dan mesra.Sesuailah dengan imej beliau sebagai seorang usahawan berjaya.“Doc tolonglah saya...Saya nak jadi lansing dan lebih kurus.”Katanya tanpa berselindung.“Saya dah cuba pelbagai cara.Pusat pusat pelansingan pun saya dah pergi.Tapi saya gagal.”keluhnya kesal.Saya memandang wajah Puan Zu.Air matanya bergenang.Tiba tiba dia menangis teresak-esak.“Doktor tahu betapa saya ingin turunkan berat saya.Saya tak selesa dengan berat 80 kg ni tambah nya.”Puan Zu tak dapat lagi membendung kerisauan dan kekecewaan hatinya."Selepas bersalin saya mempunyai masalah ini dan telah mencuba pelbagai cara untuk kembali kurus tetapi tidak berjaya."
“Saya control makan.Saya pun ada ambik ubat doctor tapi berat badan turun sekejap je.lepas tu naik balik.,pusat slimming yang mahal beribu ribu pun saya dah pergi tapi berat saya tak berganjak.Ia turun sikit tapi naik balik..Saya terlalu kecewa sebab saya tahu saya tak makan banyak namun berat saya tetap naik.Saya  sanggup seksa diri saya dengan tak makan asalkan dapat hasil yang baik tapi apa yang saya rasakan hanyalah kepayahan dan keperitan semata mata namun hasilnya tiada.Kenapa dok? Apakah yang berlaku kepada badan saya?Adakah saya ni memang tak boleh nak jadi kurus?Saya tengok orang lain senang je kurus tapi kenapa saya tak boleh?Pertanyaan beliau yang bertalu talu membuat kan saya berasa sangat simpati dengan keadaan nya.Dia memberitahu saya dia pernah menjalani rawatan sedut lemak namun hasil nya tetap tiada.Justeru itu beliau menganggap menjadi gemuk dan tidak cantik adalah takdir hidupnya.
Saya membuat pemeriksaan keatas Puan Zu.Tekanan darah beliau 140 /88 manakala paras gula dalam badannya agak rendah.hanya 5 sahaja walaupun beliau baru makan dua jam yang lalu.bila ujian darah di buat ternyata paras hdl kolestrol agak tinngi dan ldl pula rendah sedikit.Ini bermakna beliau adalah termasuk dalam golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat diabetes darah tinggi atau masalah jantung.Saya memang sudah menjangkakan keputusan darah yang sebegitu kerana setelah beberapa tahun menjalankan ujian darah ke atas pesakit saya yang mengalami obesity saya dapati hasilnya lebih kurang sama.Mereka sama sama tergolong dalam golongan berisiko.Saya memaklumkan kepada Puan Zu bahawa beliau menghadapi masalah metabolic atau saya lebih suka menggelarkannya sebagai cabaran metabolic.(metabolic challenge).Saya bertanya puan Zu samada beliau sanggup bersama sama saya selama 12 minggu bagi menghadapi cabaran metabolik ini.Selama 12 minggu saya dan para petugas di klinik kami akan menemani dan bersama sama beliau memberi tentangan terhadap cabaran ini,dan selepas itu Puan Zu akan meneruskan usahanya sendiri selepas melepasi rintangan rintangan yang hebat di peringkat permulaan. Oleh kerana masalah Puan Zu ialah  sejenis masalah metabolic yg melibatkan kekurangan bahan pembakar lemak dalam badan maka saya mencadangkan rawatan enzim therapy yang mampu membantunya membakar lemak.Apabila seseorang mengidap masalah metabolic apa sahaja yang di makan bertukar menjadi lemak,Ia tak dapat di pecahkan menjadi tenaga.Akibatnya dia akan merasa lemah lesu dan berat mudah saja meningkat walaupun makan sedikit.Pada minggu pertama saja Puan Zu  sudah pun menunjukkan reaksi yg positif.Beratnya mula menurun dan dia mula berasa memiliki tenaga yg tinggi.Dia juga kurang lapar dan tidak memerlukan mengambil makanan manis2 .Pada bulan pertama Kami mencatatkan penurunan sebanyak 3 kg.Saya memberitahunya agar bersyukur dengan penurunan yg meskipun kecil namun berbaloi kerana emak telah pecah dan saiz nya telah jauh mengecil/.Selepas 3 bulan Puan Zu  mula menunjukkan perubahan yang menakjubkan.Berat badannya turun 12 kg dan saiz badannya berkurangan  6 inci  dari dahulu.Dia amat gembira dengan perubahan saiz xxl kepada l.Saya menasihatinya agar terus berusaha untuk mencapai impoiannya itu. Hormon yang penting bagi membakar lemak ialah ialah hormone thyroid.Kalenjar thyroid berada di leher .Ia merupakan sebuah kalenjar kecil yang berbentuk rama rama.Tanpa kalenjar ini manusia tidak dapat menjalani kehidupan dengan sihat.Hormon thyroid begitu penting bagi fungsi tubuh badan kita. ,Sesetengah makanan boleh merosakkan hormone thyroid,Antaranya ialah pewarna makanan, ubat ubatan ,pengawet makanan dan makanan yang diproses.Sinar x ray juga merosakkan hormone.kita.Kerosakan hormone thyroid ini boleh di baiki namun kadar pembaik pulih nya berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain.Bagi mereka yang bernasib baik, apabila mereka membuat perubahan dalam jadual pemakanan, mengamalkan senaman dan menjalani terapi ,berlaku baik pulih pada hormone thyroid mereka.Mereka ini akan mendapat kesihatan yang lebih baik.Tubuh mereka akan mula membakar lemak dan mereka akan Berjaya menjadi kurus dan cantik. Mereka juga akan Berjaya mengekalkan berat badan yang ideal kerana hormone thyroid yang tinggi menghalang lemak dari berkumpul. Kekurangan hormone thyroid menyebabkan cecair berupa lendir berkumpul di bawah kulit menyebabkan kulit kelihatan merening dan tidak cerah.Tubuh juga berbau kerana kesan inflamasi atau radang pada kulit.Kulit mereka biasanyatampak kusam dan seri wajah hilang..Hormon yang rosak tidak dapat sembuh membuatkan beliau tidak dapat menjadi kurus .Untuk membaiki keadaan ini beliau memerlukan rawtan yang spesifik.Saiz kalenjar hormone berbeza beza dalam tubuh kita.Jika kita tengok saiz hidung, mulut ,tangan dan bibir manusia semua nya berbeza ,begitu jugalah dengan kalemnjar dalam badan.Saiz dan bentuk nya berbeza dan itulah yang menjadi penentu terhadap kadar keaktifan nya.r kemungkinanPemeriksaan tahap hormone dalam badan adalah penting bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan.Pemeriksaan darah amat penting bagi melihat jumlah hormone.Hormon thyroid perlu berada pada tahap yang tertinggi (7 -8) bagi membolehkan lemak di bakar dengan efektif.Di marissa estetik saya memberikan rawatan enzim yang akan mempercepatkan lagi proses metabolic berlangsung.Peningkatan kadar metabolic memberikan hasil yang menakjubkan pada tubuh badan kita.Seseorang akan mengalami penurunan berat badan, tenaga yang lebih baik dan mereka juga kembali tenang dan gembira. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan