Untuk mendapat perkhidmatan mama tempahan seawal 3 bulan diperlukan kerana jadual mama amat padat maklumat lanjut Hubungi Mama Iefa . SMS, whatsApp, Viber, 017-424 8021
PUSAT PENJAGAAN IBU BERPANTANG MUTIARA SAYANG IBU 



Alhamdulillah, 
Penjagaan Pantang Mutiara Sayang Ibu kini telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan tertubuhnya Pusat Rawatan Ibu Dalam Pantang yang telah pun beroperasi Halaman Mayang Bayan Baru Pulau Pinang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat handai dan yang paling utama pelanggan-pelanggan semua yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Mama selama ini.

 Para pelanggan tidak perlu bimbang kerana dari soal pemakanan sehinggalah ke tempat tidur, mereka akan dijaga rapi“Kami memahami keperluan wanita yang baru bersalin. Apabila menjalani rawatan di sini, mereka akan mendapat perhatian sepenuhnya, rehat yang cukup dan ketenangan minda serta pemulihan badan yang sempurnakemudahan Wifi , televisyen, pendingin hawa serta set bilik tiidur.Disamping itu menyediakan produk set bersalin 



Para ibu dan bakal ibu yang dihormati,
Adakah kalian sedang berdepan dengan situasi berikut:
  • Akan melahirkan dalam tempoh terdekat tetapi tiada sesiapa yang dapat membantu termasuk ibu dan saudara-mara
  • Mempunyai ibu, ibu mertua dan saudara mara tetapi tidak sanggup menyusahkan mereka yang mungkin sudah tua dan mempunyai urusan masing-masing di kampung.
  • Memerlukan bantuan seseorang di dalam tempoh selepas melahirkan kerana tidak mampu melakukan penjagaan bayi bersendirian sementelah masih kepenatan akibat baru melahirkan.
  • Tiada ilmu dan pengalaman kerana pertama kali menjadi ibu dan tidak pernah berpantang.
  • Inginkan masa yang berkualiti bersama bayi yang baru dilahirkan, dan inginkan pengalaman berpantang secara tradisi yang komprehensif bagi mengembalikan semula kesihatanKami menyediakan perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin dan Penjagaan dalam Pantang untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh selepas proses kelahiran dengan membawa pendekatan yang lebih Islamik untuk kebaikan ibu dan bayi. Lazimnya, di dalam tempoh berpantang, seorang ibu yang baru selesai melahirkan memerlukan pertolongan dari orang terdekat untuk menguruskan bayi yang baru dilahirkan dan dalam masa yang sama memerlukan rehat yang mencukupi bagi proses pemulihan selepas bersalin.
Tempoh berpantang adalah masa untuk ibu-ibu mengembalikan semula kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan. Penjagaan dan rawatan berpantang yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dalam jangka masa panjang kerana ibu dan isteri adalah tonggak utama dalam kesejahteraan rumahtangga.

  

Saat ini juga adalah momen penting untuk membina hubungan intim dengan bayi yang baru dilahirkan, bukan setakat pada penjagaan dan penyusuan badan yang ekslusif, tetapi juga membina sahsiah dan peribadi murni dalam diri anak-anak melalui amalan doa dan zikir seawal usia baru dilahirkan. Ibu-ibu bukan sahaja dibantu dari aspek penjagaan diri seperti menyediakan mandian herba, berurut, bertungku, berbengkung, memakai param dan pilis, penyediaan makan dan minum, malah turut dibantu dalam aspek




                             Mama menawarkan 5 bentuk perkhidmatan


1.Pakej Rawatan Lepas Bersalin( Mutiara Ayu 7hari Rawatan)  RM 1200.00 

2.Pakej Rawatan Lepas Bersalin (Mutiara Sayang 14hari RM 2400.00

3.Pakej Rawatan Lepas Bersalin (Mutiara Kasih 21 hari Rawatan RM 3.600.00


4.Pakej Rawatan Lepas Bersalin (Mutiara Harmoni 30 hari Rawatan RM 5.100.00


5.Pakej Rawatan Lepas Bersalin (Mutiara Abadi 40hari rawatan RM6.800.00)

   Perkhimatan diatas adalah sekitar pulau Pinang sahaja


Mama juga memberikan Perkhidmatan terus dari rumah ke rumah
Kepada ibu-ibu atau bakal ibu yang memerlukan khidmat penjagaan selepas bersalin boleh menghubungi Mama seperti yang tertera di bawah. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penjagaan ibu tinggal bersama dalam tempuh berpantang terutama bagi ibu yang di luar kawasan.Perkhidmatan yang di sediakan adalah seperti berikut:

 

*Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mama Iefa  di talian 017-4248021
Terima kasih.



"Adakah Anda Mahu Miliki Tubuh Yang Cergas Selepas bersalin?"Mahukah anda jika saya berkongsi rahsia yang terbukti berkesan untukmenurunkan berat badan dan masalah perut buncit dalam tempoh 44 hari berpantang?"Selepas habis berpantang anda akan dapat merasai bahawa"Anda lebih Anggun daripada gadis"Dapatkan Rawatan Penjagaan Ketika Berpantang Bersama Kami Dan Rasailah Sendiri Rahsia Yang Kami Berikan.